Man photo created by wayhomestudio - www.freepik.com

Bermula hari ini kebanyakan negeri yang dikenakan perintah PKP telah bertukar staus PKPB. Usaha kita melandaikan penularan Covid-19 buat kali kedua semakin menampakkan hasil positif. Namun kita jauh lagi daripada agka yang selamat.

Masih banyak majikan yang memberikan kelonggaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah. Ya, inilah norma baharu yang telah kita hadapi sejak tahun lepas.

Ramai yang mungkin telah terbiasa dengan bekerja dari rumah dan selesa dengan pakaian tidur. Tapi tahukah anda bekerja di rumah dengan pakaian tidur tidak baik untuk kesihatan mental?

IKLAN
Man photo created by freepik – www.freepik.com

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Medical Journal of Austalia mendapati tabiat memakai pakaian tidur ketika bekerja dari rumah boleh menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan mental.

HASIL PEMERHATIAN

Kajian yang dilakukan ketika dunia berdepan ‘lockdown’pada tahun lalu iaitu sepanjang bulan April dan Mei mendapati individu yang bekerja dari rumah dengan memakai pakaian tidur kesihatan mental mereka lebih teruk berbanding mereka yang bekerja dari rumah tapi mempunyai anak.

IKLAN

Pemerhatian kajian itu dilakukan ke atas kakitangan dan pelajar di institut kajian di Sydine. Mereka mendapat kesan menggunakan atau memakai baju tidur ketika bekerja boleh menjejaskan kualiti kerja dan kesihatan mental.

Man photo created by pressfoto – www.freepik.com

“Lebih ramai peserta survey ini yang memakai baju tidur mengadu bahawa kesihatan mental mereka turun mendadak ketika bekerja dari rumah,” jelas laporan tersebut.

IKLAN

Namun begitu, pengkaji tidak dapat memberikan sebab konkrit yang mengaitkan pemakaian baju tidur boleh menyebabkan perkara tersebut namun mendapati jika peserta memakai pakain lebih sesuai, kualiti kerja akan bertambah baik.

Nasihat mereka, walaupun bekerja dari rumah tapi jangan abaikan penampilan diri. Pakailah pakaian yang sesuai walaupun bekerja dari rumah. Memakai baju tidur boleh menyebabkan secara tidak langsung minda berada dalam zon malas dan tertekan.