Kemunculan jenama serta artis tempatan kini tidak harus dipandang sebelah mata. Hasil anak tempatan kini sudah mencapai taraf antarabangsa dengan kualiti serta hasil kerja yang cukup membanggakan.

Penghasilan jam tangan mungkin hasil seni yang agak kecil komunitinya di Malaysia. Namun ia tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk mereka terus gah bersama jenama yang luar negara terutamanya dari Eropah.

Jenama jam berpangkalan di Singapura dan Malaysia, BOLDR Supply Company baru-baru ini memperkenalkan koleksi jam yang cukup menarik. Terbaru mereka menampilkan siri best-selling Venture dengan sentuhan daripada artis grafiti tempatan, Kenji Chai. Artis grafiti yang berpengaruh tersebut juga terkenal dengan karakter alter-egonya, Chaigo.

IKLAN

Koleksi jam Venture edisi terhad tersebut menampilkan hasil seni daripada Kenji Chai lengkap dengan patung figura Chaigo yang memakai pakaian seperti artis grafiti. Ini merupakan kali pertama BOLDR memperkenalkan jam yang didatangkan bersama-sama dengan patung aksi figura.

PENGENALAN KOLEKSI

Direka untuk kegunaan harian yang serba lasak, jam BOLDR dikenali dengan sifat tahan lasak, stalo dan juga rekaannya yang membawa pelbagai fungsi. Pengenalan koleksi Venture Chaigo ini juga melihatkan BOLDR keluar dari zon selesa untuk menerokai ‘teritory’ yang sedikit berbeza daripada portfolio mereka.

IKLAN

“Sebagai jenama, kami selalu mendukung ekspresi seni dalam pelbagai bentuk. Menggabungkan hasil karya seni ini di dalam rekaan caseback dan mengetengahkan patung aksi figura merupakan yang pertama buat BOLDR. Kami juga teruja dan gembira untuk terus mencuba sesuatu yang baru bersama-sama Kenji,” jelas Pengasas BOLDR Supply Company, Leon Leong.

Bagi Kenji pula, inspirasi seninya banyak dipengaruhi dengan cabaran persekitarannya ketika membesar. Kemunculan watak alter-ego Chaigo merupakan ekspresi daripada kepayahan serta cabarannya dari kecil hingga membesar menjadi seorang anak seni.

IKLAN

Patung aksi figura Chaigo ini pula dihasilkan dengan menggunakan pencetak 3D prototaip sebagai master bould. Ia kemudian diperhalusi dan diwarnakan dengan menggunakan hasil kerja tangan.

Jam BOLDR Supply Company Venture Chaigo ini kini boleh didapati di laman sesawang rasminya.

Jangan lupa untuk follow IG Maskulin untuk update fesyen dan gaya terkini lelaki!