Terlebih dahulu kami di MASKULIN ingin mengucapkan selamat menyambut bukan Ramada dan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain di bulan pernuh berkat ini.

Seperti biasa, pada peringkat awal atau minggu pertama puasa pasti ada yang agak berdepan cabaran menahan lapar. Oleh itu, amat penting untuk kita bersahur dengan makan makanan yang mampu memberikan tenaga dan nutrien mencukupi.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh Salsabila Aznan, seorang pakar diet menerusi satu untaian ciapan di Twitter kendaliannya.

Menerusi untaian tersebut beliau berkongsi beberapa tip bersahur yang mesra nutrien. Jelasnya apabila berpuasa, jumlah kalori biasanya kurang jadi secara tidak langsung nutrien pun juga akan turut berkurangan.

Berikut merupakan beberapa tip bersahur mesra nutrien dari pakar diet, @SalsabilaAznan yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan.

IKLAN

1. WAJIB SUKU-SUKU SEPARUH

Ada yang kata makan nasi lagi cepat lapar. Ye la kalau makan nasi telur mata je memang cepat lapar. Pastikan separuh pinggan tu sayur bukan nasi. Serat sayur buat kenyang lama.

2. AMBIL SUMBER PROTEIN

Food photo created by azerbaijan_stockers – www.freepik.com

Protein pun lambat hadam. Kalau nak makan kurma, tambah segelas susu minima dapat protein dan karbohidrat. Kalau makan nasi boleh ambil lauk ikan/ayam/tauhu/telur.

IKLAN

3. KURANGKAN MAKANAN TERPROSES

Kalau sahur biasa ambil nugget, sosej, burger sila elakkan. Yang cicah budu dan cencalok pun kurangkan. Makanan tinggi garam boleh buat cepat dahaga. Jam 10 pagi je dah cari air.

4. MINIMA 2 GELAS AIR WAKTU SAHUR

Water photo created by rawpixel.com – www.freepik.com

Ini hanya saranan. Nak minum lebih tak ada masalah. Ye la bukan takat lapar saja, dahaga pun jaga. Pastikan cukup minum air waktu sahur.

5. VARIASIKAN SAHUR TIAP HARI

Nutrien bergantung kepada kepelbagaian jenis makanan. Janganlah setiap hari sahur ambil oat sahaja. Ataupun salad memanjang. Pelbagaikan jenis karbohidrat, protein dan sayur-sayuran.

IKLAN

Ni tips utk mereka yang bangun sahur. Selain rebut pahala sahur yang terutamanya, kita tambah juga nutrien. Jadi janganlah skip sahur.

————————————————————————-

Semoga perkongsian dari pakar diet ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam menjalani ibadah puasa sepanjang sebulan. Untuk info diet lebih menarik anda boleh follow beliau di Twitter, @SalsabilaAznan.

Jangan lupa juga untuk follow Twitter, Instagram dan Facebook MASKULIN ya!