People photo created by tirachardz - www.freepik.com

Kita kini masih lagi berjuang untuk menghentikan penularan wabak COVID-19. Sejak tahun lalu kita telah mengalami beberapa gelombang jangkitan dan yang terbaru merupakan antara paling kritikal.

Selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kita juga boleh membantu kerajaan dengan mendaftar dan mengambil vaksin yang penjadualannya telah bermula di seluruh negara.

Akan tetapi terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba membantutkan usaha program vaksin kebangsaan ini dengan pelbagai dakyah serta informasi yang tidak tepat.

Medical photo created by freepik – www.freepik.com

Ini terutamanya dari golongan antivaksin yang bukan sahaja tidak mempercayai kajian saintifik tetapi cuba mempengaruhi orang lain.

IKLAN

Bagi menangani perkara ini kerajaan telah memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut orang ramai agar tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

BOLEH DIDAKWA

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.

Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.

IKLAN

“Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin semalam.

FOTO AWANI

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan untuk mendenda individu yang gagal menghadiri janji temu vaksin COVID-19. Jelasnya, dasar kerajaan buat masa ini adalah bahawa suntikan vaksin bersifat bebas dan sukarela.

IKLAN

“Namun, kami mempunyai Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 dan Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19, (keduanya) yang menangani masalah vaksin. Terserah kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan atau tidak.”

Buat anda yang masih ragu-ragu tentang vaksin, dapatkanlah informasi dari sumber yang sahih dan tanya kepada mereka yang pakar sahaja. Sama-sama kita berganding bahu untuk menghalang penularan wabak ini daripada melumpuhkan negara.