Business photo created by dashu83 - www.freepik.com

Penularan wabak ini masih lagi mengantui hidup kita. Negara kita sebagai contohnya kini terpaksa mengharungi jumlah kes yang paling tinggi hari demi hari sejak ia bermula pada tahun lalu.

Bukan hanya Malaysia tetapi beberapa negara lain turut bergelut sama dalam mengurangkan kadar jangkitan serta kematian. Walau bagaimanapun terdapat beberapa negara yang dilihat telah mampu menangangi masalah penularan ini dengan baik.

Antara negara yang sering disebut-sebut ialah New Zealand, Taiawan dan beberapa negara lain. Negara jiran kita, Singapura juga dilihat cukup proaktif mengambil pelbagai langkah pencegahan.

Terbaru, pihak kerajaannya telah memberi nasihat dan arahan untuk mana-mana lokasi yang menggunakan penghawa dingin untuk menutupnya dan membuka tingkap. Ia terutama sekali di lokasi seperti pejabat yang menempatkan ramai orang.

Medical photo created by freepik – www.freepik.com

PENCEGAHAN AWAL

Arahan terbaru ini dikeluarkan selepas Singapura mencatatkan peningkatan jumlah jes baharu dalam komuniti. Menerusi dokumen lima muka surat dari Building and Construction Authority, National Environment Agency and Health Ministry menjelaskan virus Covid-19 boleh disebarkan menerusi udara atau aerosol dalam lokasi tertutup dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.

IKLAN

Oleh itu pihak berkuasa Singapura tersebut menasihati penggunaan penghawa dingin perlu ditutup atau dikurangkan, sebaliknya lebih baik untuk membuka tingkap.

Arahan kepada pemilik bangunan atau fasiliti juga terbahagi keada tiga kondisi berbeza. Bagi lokasi berhawa dingin dengan sistem pengudaraan mekanikal seperti pejabat atau pusat beli-belah, mereka perlu pastikan sistem pengudaraan berfungsi dengan baik dan memasksimakan pengambilan udara luar.

IKLAN

Manakala bagi lokasi yang tidak menggunakan pengudaraan mekanikal seperti kedai-kedai perlu membuka tingkap sebanyak dan selama yang mungkin. Mereka juga dinasihatkan untuk memasang kipas penyedutudara keluar di bahagian tingkap.

Bagi lokasi tertutup pula dinasihatkan menggunakan penapis udara mudah alih yang dilengkapi penapis berefisien tinggi. Dan akhir sekali premis dengan pengudaraan semula jadi perlu memamastikan tingkap sentiasa dibuka.

IKLAN

Ini merupakan antara langkah pencegahan yang disambut baik oleh warganet. Walaupun dilihat mungkin memberikan rasa tidak selesa dan panas, namun mereka sanggup berdepan itu semua demi keselamatan diri dan komuniti.

Adakah kita juga ikut langkah pencegahan yang sama seperti ini? Sama-sama kita tunggu.

Stay safe semua!

Sumber: The Straits Times